Kelas eLearning - Tutorial Video

14 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Januari 2020, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas telah menerima kunjungan daripada sekumpulan pelajar penduduk setempat. Mereka telah datang meminta bantuan daripada kakitangan Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas untuk mengajar mereka cara-cara carian video melalui aplikasi YouTube sebagai rujukan persatuan di sekolah mereka.

Tujuan mereka mempelajari cara-cara carian video ini adalah bagi memudahkan urusan dan sebagai rujukan aktiviti seharian mereka.
Pembelajaran ini telah berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 9 pagi hingga 11 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali